Apr 20, 2015

Gigi

Hi. Sebab hari ni hari Isnin, mood kerja tu masih berterbang terbangan. Dia macam berlari lari anak pulak. Penat mak enon nak kejar mood tu. So yang jumpa mood nak berstory bagai ni. Tapi cerita pasal braces laa. Hikhik. Plus mood baru tukar getah braces youuuuu. Pink purple macam gegurls sangat......

Oklah. Btw, aku pakai braces since Dec2013. Baru tak baru la jugak tapi dah lebih setahun la jugak kan. Motif nak pakai? Sebab gigi tak berapa nak rapat sangat. Hahaha. Ampa bayangkan jelah. Gigi kapak tengah ni macam ada ruang sikit. Alaaaa. Sikit je lah pun. Dia macam |||| |||| 

Hahahah. Tak obvious pun sebelum ni. Tapi bila umur dah meningkat sikit ni, dia jadi macam, 'eh awat macam berangin je niii' siap boleh buat angin la dari gigi tu. Paling obvious pun gigi bawah la. Tapi sebab bibir bawah boleh cover gigi tu, so memang tak perasan sangatla. Then bila pakai braces orang lain macam 'eh awat pakai braces bukan gigi dah cantik keeeee'. Choi. 


Gigi aku, aku taula. Ingat dia macam 'eh aku bosan doooo nak pakai braces la rasanya.' And lagi tak boleh blah kalau macam ayam ke daging ape apelah, mestilah tersekat kat gigi bawah tuuuu. So macam tak bestla. Sedih mak enon. Dapat pulak kawan macam harom nirrajim paling suka nak bahannnn memang taklaaaa. 

So, sebenarnye aku nak cerita aku buat braces ni kat Senawang. Survey paling murahla kununnnnn. Tapi lebih kurang sama je bajet kalau ampa buat area KL/Selangor ni. Yelah time tu aku student lagi. Gigih la nak carik klinik gigi yang under budget gitu. Plus, appointment 2 bulan sekali. So oklah. KOT. Hehehehehehe.  


Klinik Pergigian Zaryff

Klinik ni betul betul atas 7Eleven. Kalau dari KL, ambil exit Senawang/Kuala Pilah, then straight jela, sampai la nampak CIMB ke, Petron ke belah kiri korang so dia area situ jela. Pasal bajet, rasanya total cost untuk gigi macam kes aku ni RM3000. Memang harga langsam 3K utk gigi ni. Macam aku, aku buat appointment dulu kata nak buat braces, then dia akan bagi tau la boleh bayar 1K untuk pendahuluan, barulah pi klinik tu doc check gigi kite. Then the next appointment, baru bayar RM200. Macam kes tak berapa nak kritikal macam aku, kalau tak dak masalah gigi tu, doc akan proceed terus. Dia bagi kita tarikh untuk pasang besi tu. Haa, sebelum tu dia akan ambil mould dulu. Kau rasakanlah lepas dia buat mould tu, macam gigi kau kene semen noks. 

Dapat macam aku, macam nak tercabut doc nak tarik mould tu dari gigi. Kat klinik ni tak dak pulak depa nak x-ray gigi. Sebab masa aku survey klinik gigi dekat Gombak, (kunun dekat giler dengan tempat belajaq), depa akan buat x-ray dulu. So x-ray pun lebih kurang RM150 saja. Tu baru x-ray. Belum lagi yang pesen gigi kritikal, kena cabut 2 3 4 batang tu. Minor surgery laaaaaa sampai berjahit semua. Wuuuuuuuuuuu. Seraammmmmmmmmmm. 

Cerita pasal lepas pasang braces tu, tak payah nak cakapla. Semua tau rasa sakitnye yang amat. Seminggu kot makan bubur. Dapat makan bubur Ani Sup Utara, mendapat la ampa. Ikan bilis yang bersepah pun ampa tak dapat nak makan tau. Tapi seminggu jela. Sebab gusi kite tak biasa lagi kan dengan benda asing dalam mulut. And practice la sikit senyum pakai braces tuuu. Hahahaha. Peliks jugakla mula mula tu. Tapi lama lama tu ok. Dont worry. So siapa yang ada rasa nak pakai braces tu, teruskanlah. Alaaaa. Nak cantik khennnnnn? Hikhok. Sakit sikit jela. Selain nak pantang makan benda yang keras keras ni, sakit lepas tukar getah tu je. Tukar getah baru 2 kali sebulan (untuk klinik yang aku buat ni la) So mesti okayyyyy punye. 


Kaunter pertanyaan

So sebarang pertanyaan, bolehla call Klinik Pergigian Zaryff, 017-6626741. And harga yang aku mention kat atas ni, aku buat since Dec2013 ok. Takut harga lain pulak ke apa ke, so taktaula yee, 

Buhbyeee. 

Apr 1, 2015

Rindu ke

Rindu la jugak nak berblogging. Rindu masa dulu dulu update blog then bagitau semua orang blog dah update tengok blog aku cepat woiiii. (so eiuuuuu HAHAHA) Tapi apakan daya. Dah tak musim der. Hahahaha. Padahal..... 

Mar 3, 2015

I feel

Maybe I don't cry but its hurts.
Maybe I won't say but I feel.
Maybe I don't show but I care.

Feb 19, 2013

Semoga aku terus menjadi manusia yang bersyukur. Bersyukur dengan segalanya...

Nov 15, 2012

1434

Bismillah. Semoga tahun baru ini memberikan kekuatan untuk terus berubah. Kerana Allah Taala.

angpa skodeng